About Me

Popular Posts

Sunday, January 20, 2013

sebelum terlambat...

lama tidak meneruskan apa yg perlu ditulis sebelum di panggil balik kesana...tiada harta yg melimpah untuk ke wariskan kepada keluargaku melainkan nilai IMAN dan ISLAM yg diredai Allah dan rasulnya....carilah dunia dan jangan sampai kau lebihkan dunia hingga waktu solatmu terganggu....kejarlah waktu solat itu di awal waktu kerana kita tidak tahu bilakah kita akan dipanngil balik ke sana.....?

telah kita lihat betapa bahagianya sesiapa yg telah balik ke sana dengan panggilan yg diredai.....mereka mencari ilmu agama tanpa henti disamping doa yg tidak pernah lekang untuk mendapat taufik dan hidayah.....ingin ku jadi seperti mereka itu bagaimana perjalanan untuk menuju akhir kalam itu tidak menemui kepayahan......banyak lagi perlu dilakukan pastinya....

semoga setiap langkahku dan keluargaku serta sesiapa yg ikhlas membaca coretan ini dipayungi rahmat dan berkat Allah yg Maka Hebat dalam setiap kerlipan mata dan denyutan nafas...!!!

Saturday, March 24, 2012

cintailah dan carilah solat itu....!

solat itu adalah anugerah yg paling besar..
untuk sekian umah Nabi Muhammad...
mutiara solat itu bukan setakat bicara di masjid..
solat itu lambang kekuatan ummah..

mujur bagi yg dilahirkan sebagai org Islam...
tapi org Islam hanya pada nama banyak ruginya..
Islam yg mukmim itulah yg didambakan pada setiap kelipan dan denyutan nafas...
pencarian yg tersangat dalam akan maksud solat itu adalah tuntutan yg paling suci..
carilah solat itu sebagai mana aku bersolat kata nabi junjungan kita...!

qaasad, tarraq, taq'yin adalah adalah nadi solat...
pernahkah kita bertanya apakah maksud gerangannya yg tersurat dan tersirat..?????
dimanakah rukun 13 tersembunyi kehebatanya,,??????
dimanakah kau hadapkan wajahmu kepada wajah yg menjadikanmu..???

Friday, March 23, 2012

kamu itu milik siapa ?

sewaktu jasad berada di bumi mekah dan madinah....
hampir setiap waktu solat tekun dijaga..
belum lagi masuk waktu solat , semuanya sudah menyelusup ke masjid...
semuanya benar2 tahu akan kewajipan solat di awal waktu..
alangkah bagusnya andainya tatacara hidup itu berkekalan sebaik melangkan ke bumi Malaysia...

terutama diriku..
akan ada waktu yg tersasar waktu solatnya tergelincir...
adakan urusan manusia adalah lebih besar dari urusan Tuhan yg SATU..???
Ya Allah, kekalkan jiwa umat Nabi Muhammad ini terus bersatu..
demi mendapat jiwa yg mutmainah....
balikkan semangat Mekah dan Madinah itu dijiwaku..
kerana aku amat rindu pada keredhaanMu...

Saturday, March 17, 2012

best solat....

Oleh : Khairunnisa Sulaiman
Kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia manakala menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang. Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.


Ibadah solat begitu istimewa sekali sehingga Rasulullah SAW diangkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
                                                                         Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
                                                                    Pergerakan Relatif
Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.
 

Tuesday, March 13, 2012

DLM DIRI KAMU...

kekuatan itu terdapat dlm diri kamu...
ianya bukan hanya utk menambah harta dunia semata mata...
ianya bukan hanya utj urusan perut....
ianya terlalu bernilai utk pencarian yg sejati...

kita yg bergelar professor belum mampu utk merungkai...
kiranya taufik dan hidayah itu belum dikurniakan...
tapaknya hanya keikhlasan yg melebihi ikhlas...
bukan utk berjual beli..
ia adalah urusan ruhil kudus...
ianya bersih...
ianya amat cantik...
hinggakan kita akan tenggelam dlm kefanakkan itu....

jgn disalahkan pada yg lain ...
salah itu milik diri sendiri.....
diri jahil sehingga tak mampu menilai mana tidak ternilai.....
rupanya apa yg diketahui hanya tersangat cetek...
padahal ilmu Allah itu menjangkau apa yg tidak terjangkau....

Friday, March 9, 2012

solat itu wajib...

solat itu adalah satu pemberian pada umat nabi Muhammad. solat ini bukannya seminggu sekali macam solat di gereja, solat ini bukanya solat setahun sekali spt solat hari raya.....ianya wajib 5x sehari dan tidak boleh dilengahkan dengan satu sebab sekalipun......

solat itu mempunyai banyak sekali tata tertib yg hanya dpt di gali pada sesiapa yg ikhlas mencarinya...maka benarnya bahawa nikmat solat itu melebihi segala kenikmatan yg ada di muka bumi ini....

bersama2 lah mencarinya sebelum nyawa kita dipanggil balik ke sana....

Tuesday, March 6, 2012

watch out your tongue !!!


Before you open your mouth at times of anger, think twice because the word once out, can never be retracted. Once you say: I divorce you, it is done. So many times we regret things we had said but we can’t rectify it. The harm has already been inflected and the scars are beyond healing. That is why our Prophet salla Al...lahu alaihi wa sallam said: whoever believes in Allah and the Day of Judgment... should say goo or be silent. Umar said: whoever talks a lot, errs a lot. And whoever errs a lot, sins a lot. And whoever sins a lot, hell is more worthy of him. Therefore, count your words because I guarantee you that Allah will not leave a single word you wrote or said. Allah says: Not a word does he (or she) utter, but there is a watcher by him ready (to record it).

Tuesday, December 13, 2011

Untuk renungan bersama

Renungan


Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..

“ Imam Shafie”

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.

Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan

Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.

Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu.

Salam Ukhuwah..~

*taken from blog tok wan...tq

Monday, December 12, 2011

Petua mencari JODOH....

Luangkan masa mendengar, baik bagi yg sedang mencari...

wslam...

Kawin cepat cepat.....!

Ada kemampuan, jgn lupa hayati ceramah ini bagi yg masih single mingle....

wslam.

Sunday, December 11, 2011




Selamat melapangkan dada supaya dengan mendengar petikan ceramah ini, semoga mendapat serba sedikit iktibar.....wslam.....

Ramai yg bersabar tapi berapa ramai yg bersyukur ?

Sewaktu dalam kesusahan biasanya kita telah dilatih utk bersabar...tapi sewaktu kita mengecapi kesenangan adalah kita termasuk dalam golongan bersyukur..???

Sama- samalah kita berfikir sejenak utk meletakkan di manakah kita berada sewaktu kemewahan sedang dikecapi ....?

Bersyukur dgn berkata Alhamdullilah.......itu betul..tapi itu baru percakapan, bersamalah mencari apakah yg dimaksudkan dengan syukur dgn  perbuatan.....

Semoga kita menjadi insan yg berpijak di bumi yg nyata, sekian..

wslam....

Saturday, May 14, 2011

akibat sifat tidak dijaga....

salam yg penuh ikhlas sekali lagi sebelum menjelma subuh yg penuh kerahmatan...

ini adalah sekadar renungan buat semua termasuk yg menulis ini...

sesuatu makanan itu boleh menjadi haram utk dimakan walaupun makanan tersebut bukanlah tergolong dalam gerombolan yg haram atau sewaktu dengannya....

sebagai contoh, sedang kita 'meronda di pasaraya, kita bertemu bahagian buah buahan yg menjual anggur kiri dan kanan tiada pun kelihatan manusia lain selain kita sendiri berada di situ...dgn rasa tidak bersalah or dgn harapan tiada yg melihat maka kita mengambil sebiji dua anggur tersebut lalu memakannya.....

sifat halal buah anggur tersebut sudah bertukar haram hasil dari perbuatan kita sendiri...mana mungkin amalan kita bakal diterima Allah swt sekiranya ada daging2 yg tumbuh hasil dari makanan tersebut..maka kita akan semakin jauh dgn sang pencipta !

sekiranya pernah kita melakukan hal tersebut, jgn kita ulangi kerana kita harus sentiasa SIAP UTK BALIK KESANA ?....

sekian wsalm... solat itu adalah wajib bagi yg beragama Islam yg wajib dilakukan  tanpa berlengah lengah pada setiap waktu.....!



binalah pohon fatihah itu...

salam kasih pada Junjungan Besar Nabi Muhamad.....

rasa kasih dan rindu pada baginda dan keinginan selalu utk bertemu dgnnya adalah cinta yg tidak pernah kunjung padam.....

InsyaAllah, dengan rasa ikhlas utk bertemu dengannya akan dapat membantu kita utk bertemu.....mintalah taufik dah hidayah semoga rasa cinta yg hebat itu akan membuatkan kita lupa akan kelazatan dunia yg sementara ini.....semata mata utk berkasih sayang hanya keranaNya.....

dalam kehidupan seharian, kita mungkin lupa ada yg memerhatikan dan merekodkan segala perbuatan kita secara kita sedar atau sebaliknya....

jadi saya menyeru utk diri sendiri utk menjaga sebaiknya pintu pintu yg terdapat pada diri ini supaya lembayung taufik dan hidayah itu membasahi jiwa ini...


sekian, wslam.....jaga solat pada waktunya supaya pintu neraka  itu tertutup rapat bagi umat yg mendengar n mengikuti ajaran Islam yg sebenarnya !!!

Friday, May 13, 2011

pesanan keramat !!!

sementara hidup di dunia yg tanpa sempadan ini, hayati and nikmati utk menjadi MUSLIM yg baik, bukan setakat nama dan dilahirkan sebagai insan yg beragama ISLAM namun mengikut segala ajaran berteraskan rukun ISLAM dan rukun IMAN sebagaimana diajarkan oleh Rasullullah saw.

dalam perjalanan hidup kita untuk kita balik ke sana akhirnya, kita temui pelbagai bangsa yg bernafas di bumi Allah ini...

ada bangsa melayu, cina, india, iban , kadazan, negrito, dayak dsb...tapi yg pasti ISLAM itu bukan hanya milik orang melayu kerana ada cina yg ISLAM, india yg ISLAM, iban yg ISLAM, kadazan yg ISLAM, negrito yg ISLAM....

dlm pada itu jua, jadilah ISLAM yg sebenar MUSLIM yg memegang rukun ISLAM and IMAN tanpa ragu..yg sanggup menyerahkan NYAWA hanya kerana suruhan RASULULAH dan hanya berpaksikan ALLAH sebagai teras kehidupan.....

dalam solat kita terdapat pelbagai keistimewaan yg perlu kita belajar n belajar....berdoalah semoga nikmat dan rahmat terus dipayungi Allah swt.....

wslam...

jaga diri agar diri tidak dimakan diri....

salam kasih  pada  semua yg sudi memberi ruang waktu utk melewati blog ini...setelah sekian lama tidak menulis, ku teruskan kembali tulisan ini agar ianya menberi manfaat pada yg ingin memberi sedikit ruang untuk sama2 meneliti dan mengkaji setakat mana perjalanan kita setakat hari ini....

tajuk yg di atas amat ringkas tapi maksudnya sangat mendalam...menuntut ilmu utk balik kesana sangat penting dan persoalan  { siap utk balik ke sana ?} tidak akan berhenti di sini...

diri kita ini cukup indah dan kita dijadikan untuk menjadi sebaik baik kejadian.. maka persoalan utama yg perlu ditanya dan perlu dijawab sendiri adalah...carilah DIRI sendiri, kenalilah DIRI sendiri, sayanilah DIRI sendiri, bertanggungjawablah utk DIRI sendiri sebelum DIRI dimakan DIRI.....

kita jumpa lagi, JIKA IKHLAS SAYANGI DIRI, SAYANGI SOLAT, SAYANGI RASULLULAH N SAYANGI ALLAH...!!!

Friday, December 10, 2010

solat itu WAJIB dan dimana jua...

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah pada yg mengikuti laman ini.....


Gambar solat dilakukan diatas para didalam tasik.

tiada alasan utk tidak solat melainkan atas sebab2 yg tidak membolehkan pada kaum wanita....


lihatlah pada mereka yg berada dalam kepayahan masih sanggup untuk menurut hukum dan perintah Allah...!!!

dan ketahuilah bahawa terdapat firman Allah mengenai solat ini berbunyi " SESUNGGUHNYA SOLAT ITU AMAT BERAT  KECUALI BAGI MEREKA YG MENGETAHUINYA...!!!"....


solat bukannya  sekali seminggu utk solat JUMAAT, solat bukan sekali setahun utk solat RAYA.....kita ada kewajipan 5x sehari maka tunaikan diawal waktu setiap hari....


semoga Allah terus memberikan kekuatan untuk terus meneruskan ibadah ini hingga BALIK KESANA...



        ................................................................ di kawasan salji.






...............................................................di atas rakit di laluan anak sungai.

Dibawah takat beku....!!!

 
Di bawah suhu beku....!


.....kawasan gurun yg gersang dan tandus....!


..supir taksi di corridor jalanan....



Solat dikawasan kaki bukit.


                                    Sebelum game begins.!

jam sudah sampai tapi saat belum TIBA ?

dear all,

mungkin ramai antara kita sudah kehilangan insan tersayang....ia mereka sudah tiada tapi kita hingga kini diberikan nikmat utk terus menghirup udara ciptaanNya ini....


panggilan BALIK KESANA tanpa mengenal usia, hubungan kekeluargaan, teman baik, hatta insan terpaling disayangi pun...


ada antara teman  yang selalu bersama bermain rugby dibangku sekolah telah pergi sewaktu result SPM hampir diketahui....ada yg sedang  melalui zaman practical juga pergi meninggalkan...ada yg masih sihat sewaktu pertemuan terakhir pergi tanpa nota terakhir....


jadi persiapan utk BALIK KESANA wajib persiapkan waktu sekarang kerana diwaktu usia yg masih bertenaga, dan pelbagai keindahan masih lagi dikecapi kerana kita tidak tahu bilakah kita akan BALIK KESANA....


syukur kita dilahirkan menjadi orang yg beragama Islam....dan saudara kita yg tidak dilahirkan dalam agama Islam pula masih juga menjadi orang Islam setelah dipancarkan taufik dan hidayah oleh Allah yg SATU...!!!


jadi proses pembelajaran untuk menjadi Islam yg baik sepatutnya diteruskan dan tidak hanya menjadi Islam kerana ibu bapa kita beragama Islam...


jadi buat peringatan utk diri sendiri dan sesiapa juga yg menerima tulisan ini....proses menuntut ilmu AWAL dan AKHIR kalimah TAUHID tidak pernah kenal istilah jemu hingga ke akhir kalam sebelum BALIK KESANA......


sekian,


sambung lagi dgn izinNya...

pelaburan mudah tp tidak semudah itu....

slm buat yg sudi menjengok laman ini,


amat mudah utk membuat pelaburan berasaskan aliran tunai atau aset yg menimbun itu....


tapi pelaburan yg 4 utk diri spr mana diajarkah Rasullah kemanakah perginya....


  1. untuk menjadi siddiq...
  2. untuk menjadi amanah...
  3. untuk menjadi tabligh...
  4. untuk menjadi fatanah....
sekiranya ia menjadi amalan harian kita, maka sungguh bertuah insan tersebut..!!! jgn pula diterbalikkan makna yg baik itu kpd yg dimurkai Allah swt.....


sekian, break kejapwaktu skrg 4.23pm, nak tunaikan ASAR dulu...


jumpa lagi...

Thursday, December 9, 2010

try this !

dah back from solat jumaat...


masa kekecik dulu ada terdengar satu ceramah dari pendakwah cilik dari seberang...


katanya :" JADILAH SEPERTI IKAN DILAUT, KIRI KANAN AIRNYA MASIN...MENJAGA DIRI TETAP TAWAR "...........................

mungkin itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi yg jauh berperantauan mahupun bagi yg bermastautin di bumi malaya....ancaman dan godaan berada segenap ruang udara...tak kira malam mahupun dipancar sinaran mentari....

 dan  ingatlah Allah mengingatkan " aku berada tersangat dekat pada sesiapa yang ingat kekasihKU Muhamad dan menunaikan segala suruhanKU "......



sekian waslam....