About Me

Popular Posts

Tuesday, December 13, 2011

Untuk renungan bersama

Renungan


Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..

“ Imam Shafie”

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.

Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan

Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.

Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu.

Salam Ukhuwah..~

*taken from blog tok wan...tq

Monday, December 12, 2011

Petua mencari JODOH....

Luangkan masa mendengar, baik bagi yg sedang mencari...

wslam...

Kawin cepat cepat.....!

Ada kemampuan, jgn lupa hayati ceramah ini bagi yg masih single mingle....

wslam.

Sunday, December 11, 2011




Selamat melapangkan dada supaya dengan mendengar petikan ceramah ini, semoga mendapat serba sedikit iktibar.....wslam.....

Ramai yg bersabar tapi berapa ramai yg bersyukur ?

Sewaktu dalam kesusahan biasanya kita telah dilatih utk bersabar...tapi sewaktu kita mengecapi kesenangan adalah kita termasuk dalam golongan bersyukur..???

Sama- samalah kita berfikir sejenak utk meletakkan di manakah kita berada sewaktu kemewahan sedang dikecapi ....?

Bersyukur dgn berkata Alhamdullilah.......itu betul..tapi itu baru percakapan, bersamalah mencari apakah yg dimaksudkan dengan syukur dgn  perbuatan.....

Semoga kita menjadi insan yg berpijak di bumi yg nyata, sekian..

wslam....